REMBAU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM45.11 juta bagi pelaksanaan projek infrastruktur, sosio ekonomi dan kemudahan awam di seluruh Negeri Sembilan hingga Oktober lepas, kata Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata projek berkenaan membabitkan pembaikan cerun, parit, longkang, kolam takungan dan pembinaan MyKiosk di beberapa daerah sekali gus memberikan keselesaan kepada orang ramai.
"Kita galakan juga untuk menaik taraf lampu jalan dengan lampu LED. Bajet perlu dibelanjakan tahun ini juga dan dalam lawatan tadi juga saya tinjau keperluan cadangan untuk tahun depan, perkara ini membolehkan KPKT memulakan kerja lebih awal.
"Keseluruhan peruntukan ini merupakan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja sempena program Sentuhan Kasih KPKT di sini hari ini.
Beliau turut meninjau kemudahan dan infrastruktur awam serta sistem pencahayaan Stadium Mini Rembau, Medan Selera Sri Kendong, Pasar Malam Pekan Rembau dan Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Rembau.
Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata projek PPR Rembau membabitkan 452 unit rumah teres setingkat bernilai RM129 juta yang tertangguh sejak 2016 itu, dijangka disiapkan selewat-lewatnya hujung tahun depan dengan kemajuan terkini projek berkenaan sudah melebihi 91 peratus.
"Projek ini sangat mencabar, sepatutnya siap tahun lepas. Berdasarkan perbincangan tadi, projek ini mampu disiapkan dalam tempoh 10 hingga 12 bulan lagi. Cabaran yang ada di sini membabitkan agensi utiliti dan pentadbiran. Selepas projek ini selesai, projek ini akan dipinda kepada sewa untuk beli," katanya.
Beliau berkata KPKT sentiasa komited menangani masalah projek sakit dan terbengkalai di seluruh negara, selain pemantauan secara secara berterusan oleh Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta dan Terbengkalai dilakukan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 juta membabitkan projek pencahayaan dan lampu jalan solar LED kepada Majlis Daerah Rembau (MDR).
Menurutnya hingga kini, MDR telah menerima peruntukan RM3.05 juta meliputi RM2.15 juta untuk 43 projek kecil, RM400,000 bagi menaik taraf tiga projek sistem perparitan dan longkang serta RM500,000 bagi pembinaan baharu 25 unit MyKiosk.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
Akmal Nasrullah (kanan) mengadakan pertemuan dengan wakil agensi jabatan kerajaan tempatan dan kontraktor ketika lawatan kerja di tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR) Rembau, Mukim Chembong, hari ini. - Foto Bernama
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Setahun Kerajaan Madani: Pulih 351 projek sakit, terbengkalai antara kejayaan KPKT
Sebanyak 351 projek sakit dan terbengkalai dengan nilai GDV berjumlah RM32.87 bilion berjaya diselesaikan dan dipulihkan KPKT.
RM45.11 juta laksana projek infrastruktur, kemudahan awam di N. Sembilan - KPKT
KPKT memperuntukkan RM45.11 juta bagi pelaksanaan projek infrastruktur, sosio ekonomi dan kemudahan awam di seluruh Negeri Sembilan hingga Oktober.
Belanjawan 2024: KPKT tekad jayakan agenda daya huni rakyat ke arah capai Ekonomi MADANI
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yakin pendekatan reformis dalam Belanjawan 2024 akan memberi manfaat kepada semua.
KPKT kenal pasti 481 projek sakit, 112 terbengkalai seluruh negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti 481 projek sakit dan 112 projek terbengkalai di seluruh negara setakat ini.
Kerajaan cadang wujud ambulans udara menjelang akhir tahun ini
Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.
Belanjawan 2023 perkasa KPKT, kukuhkan agenda kesejahteraan rakyat
KPKT menerima peruntukan RM5.333 bilion berbanding RM5.146 bilion pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 3.63 peratus.
KPKT teliti setiap projek perumahan sakit, jamin hak pembeli terjaga
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti setiap projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara bagi memastikan kebajikan dan hak para pembeli terjamin.
'Import' pakar perumahan Singapura bukan bermakna Malaysia lemah- Nga Kor Ming
Tuduhan sesetengah pihak kononnya perkongsian pakar perumahan Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam Malaysia adalah tidak benar dan berniat jahat.
KPKT pohon peruntukan RM26.35 juta untuk perkasa pengurusan bencana
KPKT telah menyerahkan cadangan kepada Kementerian Kewangan, untuk memperkasakan pengurusan bencana menerusi peruntukan sebanyak RM26.35 juta.
Projek perumahan baharu tumpu aspek ancaman haiwan liar
Pelaksanaan projek pembangunan perumahan baharu akan memberi lebih tumpuan terhadap aspek ancaman haiwan liar, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.